PERANCANGAN DAN PERSIAPAN PERCUTIAN KE EROPAH

Pada awalnya tiada perancangan untuk bercuti ke Eropah, kebetulan anak sulung menjalani internship di Regensburg, Jerman selama 6 bulan bermula pada awal Mei 2023. Bermulalah operasi mengumpul dana saya, isteri dan anak bongsu untuk ke Eropah pada awal bulan November 2023, musim gugur pada ketika itu. Rangka lawatan percutian adalah ke London, Edinburgh, Paris, Brussels, Amsterdam, Regensburg dan Vienna. 4 malam di London, 2 malam di Edinburgh, 2 malam di Paris, 2 malam di Amsterdam dan 2 malam di Regensburg. Terdapat 1 malam akan tidur di dalam keretapi perjalanan antara Amsterdam dan Regensburg. Setiap perjalanan antara destinasi ini mengunakan keretapi kecuali antara Edinburgh dan Paris yang menaiki pesawat Air France. Survey untuk harga tiket kapal terbang melalui laman web skyscanner untuk mendapatkan harga tiket mampu milik. Harga tiket setiap hari sentiasa berubah-ubah tapi banyak pilihan dari pelbagai syarikat penerbangan. Tapi kebanyakkan penerbangan akan transit di negara timur tengah, saya akhirnya memilih Etihad Airways yang kebetulan ada buat promosi harga. Mendarat di lapangan terbang Heathrow, London pada 1 November dan terbang balik dari lapangan terbang Munich, Jerman pada 14 November. Transit di Abu Dhabi selama 4 jam. 

Antara perkara yang perlu diberi tumpuan khusus sebelum percutian secara DIY ini;

1. Pastikan pasport dibawa bersama, jangan tinggalkan pasport di hotel, pasport saya pernah diminta untuk diperiksa oleh polis Jerman ketika kembali dari Vienna di stesen keretapi Passau.

2. Pastikan stamina fizikal cukup kuat untuk melangkah jauh kadang kala hingga 25,000 langkah sehari dan adakala terpaksa memikul beg naik tangga hotel

3. Pakej roaming atau setidak-tidaknya pocket WIFI wajib ada untuk memudahkan kita menggunakan Google maps ketika mencari arah

4. Itinerari perlu ada sebelum percutian, contoh lokasi A ke lokasi B telah kita kaji jaraknya dan kemudahan pengangkutan awam yang berdekatan

5. Elakkan diri menjadi tarikkan penyeluk saku dengan memastikan beg yang dibawa digalas atau silang depan

7. Kurangkan bawa duit cash dan bayar guna kad debit atau kredit 

8. Pastikan setiap perjalanan kita mempunyai pelan B, risiko tiket perjalanan yang kita beli awal-awal ada risiko untuk dibatalkan

9. Dapatkan suntikkan influenza sebelum memulakan perjalanan

10. Beli insuran perubatan cashless untuk perlindungan ketika percutian

Manakala tiket keretapi pembelian melalui laman web Trainline. Tetapi langkah berjaga perlu ada bila menaiki keretapi, adakala pekerja keretapi akan melancarkan mogok. Berlaku pada saya pada tarikh 9/11/2023 apabila mogok pekerja keretapi berlaku di negara Belgium. Terima e-mail memaklumkan tiket keretapi yang dibeli awal-awal dari Paris ke Brussles telah dibatalkan. Alternatif yang ada adalah menaiki Flix Bus. Perjalanan yang sepatutnya hanya 1.5 jam dengan keretapi Eurostar menjadi 4.5 jam bila menaiki bas. Memandangkan nilai ringgit yang lemah dan harga makanan yang amat tinggi di di sana, barang makanan packing, dalam tin dan beras wajib dibawa. Periuk nasi saiz mini memang telah awal-awal dibeli. Untuk ke United Kingdom dan negara Eropah EU buat masa ini masih belum dikuatkuasa penggunaan visa. 

                                                       BERLEPAS DARI KLIA

Dari KLIA berlepas dengan menaiki Etihad Airways pada 6.30 petang dan mendarat di Abu Dhabi pada pukul 10.30 malam waktu sana. Cuma waktu transit ini terminal kecil dan sesak dengan penumpang dari pelbagai negara, tapi ada kemudahan surau, tandas dan kedai-kedai makan. Pukul 2.30 pagi berlepas ke London. Selamat mendarat di lapangan terbang Heathrow pada 6.30 pagi.

                                                        Check in Etihad Airways di KLIA

                                                   Tracking dari KLIA ke Abu Dhabi



                                                           Lapangan terbang Abu Dhabi

                                                       Makan di dalam Etihad Airways



Kota London sebelum mendarat di Heathrow 

MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG HEATHROW

Bila mendarat di lapangan Heathrow terdapt 2 jenis kaunter immigresen. Pemeriksaan secara manual oleh pegawai immigesen atau melaui E-Gates. E-gates ini hanya untuk warga dari negara yang tertentu sahaja. Warga negara Malaysia perlu beratur dan pasport diperiksa secara bersekemuka dan manual oleh pegawai Immigresen. Waktu saya beratur barisan terlalu panjang. Biasa terbaca di dalam laman sosial mengatakan banyak kerenah dan soalan akan ditanya oleh pegawai imigresen, tetapi Alhamdulillah saya hanya ditanya dari negara mana sahaja dan terus pasport dicop. Tapi ada sahaja warganegara lain di hadapan saya yang dilihat mencurigakan terus ditahan untuk siasatan lanjut. Terminal Heathrow di mana Etihad Aiways mendarat tak besar sangat, selesai imigresen dan ambil luggage lalu depan kastam. Hanya ditanya ada bawa rokok atau tidak, itu sahaja.  

                       MENAIKI KERETAPI ELIZABETH LINE KE KOTA LONDON

Nak ke kota London dari Heathrow, macam saya suka naik keretapi. Terdapat 2 pilihan sama ada Heathrow Express atau Elizabeth Line, cuma Heathrow Express tanpa berhenti hingga ke stesen Paddington dengan harga anggaran rm156. Saya cuma naik Elizabeth Line dengan tambang lebih rendah dari Heathrow Express. Yang penting kena beli kad oxyster yang ada jual di stesen.
 

Elizabeth Line



Destinasi saya adalah ke stesen Paddington, Elizabeth Line ini akan berhenti singgah 6 stesen dengan selama 30-40 minit sebelum tiba di stesen Paddington. Tiba di stesen Paddington terus hilang arah untuk mencari dimana stesen underground Paddington. Nama sama tapi lokasi berbeza, walaupun tak jauh sebenarnya. Setelah bertanya dengan petugas stesen baru jumpa dan terus naik keretapi undergound tube untuk ke stesen Bayswater.




Sampai-sampai di stesen Bayswater tiada kemudahan lift dan elevator, terpaksa angkut beg naik tangga. Nasib baik hotel hanya dalam jarak 100m dari stesen   
Saya dah lama ada memebership di dalam Berjaya Vacation Club sejak tahun 2001. Jadi bolehlah menginap di Hotel Berjaya Eden Park London. Sampai hotel 8.30 pagi, check in tapi tak dpt kunci lagi. Kena tunggu pukul 3 petang baru boleh masuk bilik.             
                                           
                                                            Hotel Berjaya Eden Park

                              JALAN-JALAN KOTA LONDON HARI PERTAMA

Sebelum jalan-jalan ke kota London singgah dulu makan masakan Malaysia di Warung Putera Puteri berhampiran dengan hotel penginapan. Untuk ke Kota London selepas makan kembali semula ke Stesen Underground Bayswater dan beli tiket untuk ke Stesen Embankment. Keluar stesen Embankment yang berada betul-betul di sebelah Sungai Thames berjalan kaki untuk ke Transport Museum dalam jarak 10 minit berjalan kaki. Benua Eropah pada masa itu berada di dalam penghujung musim gugur dengan suhu dalam julat 10 Celcius hingga 12 Celcius. Memang sejuk ditambah dengan hujan gerimis sentiasa berterusan dan adakala sepanjang hari. Bersebelahan stesen  Embankment terdapat Victoria Embankment Garden yang mana mengikut sejarah dibina pada tahun 1874.



                                                          Victoria Enbankment Garden

Teruskan langkah untuk berjalan untuk ke Transport Museum yang berada tidak jauh pun dari sini. Harga masuk dewasa Transport Museum £18.50 tapi saya tak berkesempatan untuk masuk. 
Transport Museum
                                                                         Image: Ltmuseum.co.uk

Berhadapan Transport Museum terdapat bangunan Covent Garden di dalamnya terdapat pelbagai jenis kedai dan gerai yang menarik untuk dikunjungi.

Covent Garden

Dari Covent Garden berjalan kaki 3 minit ke  London National Gallery. Yang berminat dengan seni lukisan lama boleh berkunjung ke sini dan masuk adalah percuma. Galeri ini menempatkan 2300 seni lukisan dari abad ke-13 hingga tahun 1900. Tak salah saya kemasukkan ke galeri perlu booking terlebih dahulu. 
National Gallery

Manakala bersebelahan National Gallery terletak Trafalgar Square yang dibina pada awal abad ke-19. Trafalgar Square ini dibina sempena kemenangan tentera laut British semasa berperang menentang tentera Perancis dan Sepanyol pada 21 Oktober 1805. Peperangan tersebut berlaku di persisiran pantai Cape Traflagar, selatan Sepanyol. Trafalgar Square adalah lokasi yang wajib dilawati bila bercuti ke kota London.





Berjalan ke hadapan akan bertemu dengan bangunan London Whitehall


Whitehall

Berhadapan dengan bangunan Whitehall terdapat bangunan Horse Guards  yang dibina pada pertengahan abad ke-18. Yang berminat untuk lihat acara pertukaran pengawal perlu datang awal pada pukul 11.00 pagi hari Isnin hingga Jumaat. Tapi adakala pertukaran pengawal dilakukan pada pukul 4 petang dan saya sekeluarga sempat menyaksikan pertukaran pengawal pada pukul 4 petang. Terdapat 2 pondok pengawal yang mengadap bangunan Whitehall. Di dalam banguanan Horse Guards terdapat The Household Cavalry Museum dengan bayaran masuk £10 untuk dewasa dan £8 untuk kanak-kanak.


                                                  Pengawal di pondok luar Horse Guards

                                                           
                                               Horse Guard Parade, jaga-jaga banyak tahi kuda



                           Monumen Perang Dunia Pertama berhampiran Horse Guard Palace
Dari sini nak ke St James Park pun tak jauh dah, bersebelahan je. Nak ke Istana Buckingham pun tak jauh. Tapi hari pun dah petang, sini waktu solat Maghrib musim luruh awal pada 4.30 ptg. Hajat nak ke Big Ben, maka keluarlah semula ke jalan berhadapan Whitehall.. Sebelah kanan nanti akan bertemu dengan kediaman Perdana Menteri United Kingdom di 10 Downing Street. Kawalan pihak polis cukup ketat, memang mampu tengok dari jauh je. Ke depan lagi akan berjumpa dengan ikon terkenal di London, Big Ben atau nama sebenar adalah Elizabeth Tower. Siap dibina pada tahun 1859 dan setinggi 96 meter.


Cuaca pun hujan gerimis sekali sekala dan dan pun lewat petang. Cukup jalan-jalan untuk hari pertama ini. Jalan sedikit balik ke hotel penginapan dengan menaiki Circle Line Tube dari stesen Westminster ke stesen Bayswater



JALAN-JALAN KOTA LONDON HARI KEDUA

Pagi hari kedua masih hujan gerimis, perancangan pagi ini untuk ke pasar Borugh Market yang terletak berhampiran London Bridge. Naik underground tube dari stesen Bayswater ke stesen Monument dan berjalan kaki merentasi sungai Thames menerusi London Bridge. London Bridge setengah orang keliru dengan Tower Bridge, kedua-duanya adalah ikon kota London yang berbeza.


London Bridge dirasmikan oleh Queen Elizabeth II pada 16 Mac 1973


Tower Bridge dari arah pandangan London Bridge

Tak jauh mana pun jarak antara stesen Monument dan Borugh Market, kalau ikut Google maps cuma 8 minit berjalan kaki. Borough Market dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, Sabtu dari 9 pagi hingga 5 petang dan Ahad dari 10 pagi hingga 4 petang. Borough Market adalah pusat jualan tertua dan terbesar di London. Dsini pelbagai jenis makanan dan buah-buahan ada dijual, tetapi yang popular adalah strawberi coklat.


                                                                 Borough Market


                                                                Pelbagai jenis roti


                                                     Manggis dan rambutan pun ada dijual

                                                                         
                                                              Strawberi yang segar

 
 



                                                             
                                                                 Strawberi coklat
Selesai sahaja di Borough Market, destinasi seterusnya dalah British Museum. Masuk muzium adalah percuma dan tempahan masuk adalah secara online di https://www.britishmuseum.org/ 
Cara ke sana dari Borough market perlu menyeberangi sekali lagi London Bridge menuju ke stesen undergound "Bank Station" dan naik keretapi ke stesen Holborn. Dari stesen Holborn untuk ke British Museum perlu berjalan kaki selama 7 minit. Barisan pengunjung yang menunggu cukup panjang.

                                                       
                                                       Pintu masuk ke British Museum


                                               Sejarah Islam Asia Tenggara di sudut galeri sejarah Islam


                                          Mangkuk tembikar tinggalan kerajan Ottoman, Turki


Pameran Firaun




                                                      Ruang legar di dalam British Museum

Selesai melawat muzium berjalan kaki semula untuk ke stesen undergound Holborn. Hujan kadangkala gerimis dan kadangkala lebat berserta dengan tiupan angin hingga tersesat juga dalam perjalanan ke stesen Holborn akibat Google maps tak dapat kesan lokasi. Alhamdulillah pusing-pusing keliling dapat juga sampai ke stesen Holborn. Untuk maklumat dari stesen Holborn ke stesen Monument-Bank adalah rangkaian keretapi Central. Dari Holborn turun di stesen Monument-Bank berjalan kaki untuk menaiki keretapi rangkaian Circle di stesen Monument untuk ke stesen Tower Hills. Stesen ini adalah berhampiran dengan Tower of London yang mula dibina pada tahun 1070-1080 oleh Willian The Conqueror. Tower of London adalah sebuah istana yang dikelilingi oleh kota pertahanan.




                                                                      Tower of London

Bersebelahan Tower of London adalah ikonik kota London, Tower Bridge


Hujan yang berterusan dan angin yang kuat kesan dari ribut taufan Storm Ciaran, jadi tak dapat berjalan banyak di atas Tower of London. Baliklah kami sekeluarga ke hotel penginapan di Bayswater.



                    JALAN-JA LAN KOTA LONDON HARI KE TIGA

Cuaca pagi hari ke-3 cerah berbanding hari ke-2 yang sentiasa hujan. Hari ini kami sekeluarga akan berjalan kaki dari hotel penginapan di Bayswater merentasi Kensington Garden dan Hyde Park hingga ke Istana Buckingham dengan jarak 3.7km atau 1 jam perjalanan. Cuaca yang dingin di penghujung musim gugur memang tak terasa kepenatan tambahan dengan panorama sekeliling yang menarik








                                                                
                                                                Kesington Garden

Acara pertukaran pengawal di Istana Buckingham adalah pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada pukul 10.45 pagi. Digalakkan datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakkan pengunjung yang agak ramai. Sebelum ke Istana Buckingham bolehlah berkunjung ke Wellington Arch yang diambil sempena nama The Duke of Wellington. 


                               The Duke Of Wellington menewaskan tentera Napoleon di Waterloo


                                                                     Wellington Arch

Berhampiran Wellington Arch terdapat Commonwealth Memorial Gates yang dibina khas untuk memperingati tentera dari benua kecil India, Afrika dan Caribbean ayng berkhidmat untuk tentera Empayar British semasa perang dunia pertama serta perang dunia kedua.


                                                        Commonwealth Memorial Gates




                                         Tidak dinafikan wujudnya sebuah negara yang bernama "Palestine"


 Barisan pengwal berkuda yang sedang berarak ke Istana Buckingham dari arah Wellington Arch. 

Jalan kaki sedikit dari Wellington Arch dah sampai Istana Buckingham. Tapi pada hari ketiga ini yang mencatat rekod berjalan kaki sebanyak 25,000 langkah. Sampai sahaja hadapan Istana Buckingham sudah mulai sesak dengan pengunjung yang berhimpit-himpit untuk bergerak menghampiri perkarangan istana.



Habis sahaja melawat Istana Buckingham kami sekeluarga berjalan kaki lagi ke pusat membeli belah Harrods di Bromptom Road, hampir 30 min juga baru sampai. Sampai di sana antara yang di cari adalah tandas, maklumlah tandas di kota London ni payah untuk ditemui.



Destinasi seterusnya sebelum kembali ke hotel adalah pasaraya Primark di 499-517 Oxford Street, yang ni dah tak larat untuk berjalan kaki tambahan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk makluman kad Oxyster selain dari diguna untuk underground tube pun boleh diguna untuk menaiki bas awam. Kami menunggu bas nombor 74 di perhentian bas hadapan Harrods (Stop kb) dan berhenti di perhentian bas Marble Arch (Stop W). Perbezaan menaiki bas berbanding dengan keretapi undergound tube adalah kita perlu menyentuh kad oxyster sekali ketika masuk ke dalam bas sahaja, keluar dari bas tak perlu sentuh kad lagi. Tetapi keretapi underground tube kita perlu sentuh kad oxyster dua kali ketika keluar dan ketika masuk. Balik dari Primark hujan agak lebat terus berjalan ke stesen underground tube yang berhampiran, stesen Marble Arch dan turun di stesen Queenways. Dari stesen Queensway berjalan balik ke hotel penginapan.


                               JALAN-JA LAN KOTA LONDON HARI KE EMPAT 
Matlamat jalan-jalan hari ke-4 ini lebih kepada untuk ulang balik menjelajahi tempat-tempat menarik yang tidak dapat dikunjungi secara sepenuhnya pada hari-hari sebelum ini. Awal pagi lagi kami sekeluarga sudah menanti bas berhampiran stesen Queensway untuk ke Tower Brigde. Naik bas nombor 148 untuk ke stesen Elephant & Castle. Turun di stesen ini dan tukar bas nombor 343 untuk ke Tower Bridge.


                                                                  Tower Bridge


                                                                       Ben Ben
Selesai sahaja melawat dua ikonik terkenal di kota London tersebut berjalan ke stesen underground Westminster. Dari stesen ini naik keretapi tube untuk ke stesen South Kessington. Tempahan secara atas talian telah dilakukan pada hari sebelum untuk kemasukkan ke Natural History Museum.



Tempahan atas talian


                                                             Rangka tulang ikan paus



 
                                                            Manusia zaman batu

Sebenar banyak lagi kawasan tarikkan pelancung di kota London yang tidak dapat dikunjungi atas faktor kesuntukkan masa dan cuaca yang tidak menentu.  Antaranya adalah:
1. London Zoo
2. Madame Tussaud
3. Maritime Museum
4. Greenwich Park
5.Camden Market
6. Portobello Market
7. Primrose Hill
8. London Stadium

                                JALAN-JA LAN KOTA LONDON HARI KE LIMA DAN HARI PERTAMA                                    DI KOTA EDINBURGH

Hari ini hari untuk jalan-jalan ke kota Edinburgh, Scotland. Awal pagi lagi kami semua telah tiba di stesen underground Bayswater untuk ke stesen King Cross. Untuk ke King Cross perlu tukar keretapi di stesen Paddington. Apabila tiba di stesen King Cross Undergound dan bila keluar jangan keliru antara Stesen King Cross dan Stesen St Pancras. Stesen King Cross adalah untuk keretapi antara bandar di dalam United Kingdom manakala Stesen St Pancras adalah untuk keretapi perjalanan antara negara. Kedua-dua stesen ini terletak bersebelahan. 

                                                              
                                                                  Stesen King Cross 


Stesen St Pancras

Yang berminat dengan barangan Harry Porter boleh singgah di kedainya di dalam Stesen King Cross.


Kedai barangan Harry Porter

Terdapat dua operator keretapi laju yang beroperasi dari Stesen King Cross, London ke Stesen Waverley, Edinburgh iaitu LNER dan LUMO.


Ruang dalaman stesen King Cross


Gabungan senibina lama dan baru di dalam stesen King Cross

Stesen King Cross ini dibuka secara rasmi pada tahun 1852 dan pada tahun 2012 proses ubahsuai bangunan telah dilakukan.
Jadual perjalanan keretapi laju Lumo dari stesen King Cross ke stesen Waverley, Edinburgh pada pukul 8.52 pagi dan dijangka tiba pada pukul 1.13 tengah hari.




Pada permulaan dari stesen King Cross perjalanan cukup lancar.


  Kelajuan Lumo mencecah 198km/jam

Tetapi separuh perjalanan keretapi menghadapi masalah signal dengan landasan dihadapan dan adakala keretapi terpaksa bergerak perlahan atau terus berhenti. Sampai sahaja di stesen York dan tempoh menunggu yang agak lama di dalam keretapi dan akhirnya perjalanan seterusnya dibatalkan. Berakhir perjalanan Lumo pagi itu setakat di stesen York. Bukan mudah berada di negara orang perjalanan yang sepatut berakhir di Edinburgh tapi ditamatkan di York. Tambahan masalah signal landasan masih belum dapat diatasi. Turunlah kami dan semua penumpang dari keretapi Lumo, menanti pengumuman seterusnya dari petugas Lumo.
Alhamdulillah kami dibenar untuk menaiki keretapi LNER yang memang telah penuh dengan penumpangnya. Nak tak nak terpaksalah berdiri di dalam keretapi LNER dengan berharap tiada lagi pengumuman pembatalan perjalanan. LNER pada mulanya bergerak agak perlahan akibat proses pembaikkan signal di antara stesen York dan stesen New Castle masih dilakukan. Kabin koc yang kami naiki di LNER adalah kelas satu berbanding dengan kelas dua di Lumo. Setiba di stesen New Castle, ramai penumpang LNER yang telah tiba ke destinasi masing-masing, dapatlah kami semua duduk setelah lama berdiri. Tiba di stesen Waverley pada pukul 5.26 malam, maklumlah kat sini matahari terbenam pada pukul 4.30 malam.






Stesen keretapi New Castle




Dah malam baru tiba di Edinburgh 

Bersebelahan stesen terdapat Waverley Market yang di dalamnya terdapat sebuah kedai makan halal, Chopstix Noodle Bar.




Selesai makan terus mengheret beg ke lokasi penginapan ke Travelodge  Edinburgh Central Hotel sejauh 500 meter dari stesen keretapi. Tapi memandangkan bentuk muka bumi kota Edinburgh berbukit maka terasa keletihan bila menarik beg. Suasana malam di sini agak kelam jika dibandingkan kota London yang lebih cerah dan ditambah dengan reka bentuk bangunan yang berciri bangunan lama. Laluan berjalan kaki tidak berapa rata dan menyukarkan kami untuk menarik beg. 

HARI KEDUA DI KOTA EDINBURGH

Hari kedua bagaikan hari pertama disebabkan kelewatan keretapi semalam dari London. Sepatutnya tengahari semalam kami sudah boleh meneroka kota Edinbrurgh ini. Memandangkan waktu yang amat terhad di sini kami lebih awal lagi ketika di Malaysia telah membeli tiket bas HOHO ATAU Hop On Hop Off. Untuk ke pickup point kami awal-awal pagi lagi telah ke tiba di High Street. High Street ini merupakan kawasan tarikkan pelancung di Edinburgh. Kalau berjalan menyusur ke atas sepanjang High Street ini akan berakhir di Edinburgh Castle. Sebelum bersarapan kami berjalan sepanjang High Street ini walaupun tidak sampai ke Edinburgh Castle sebelum berpatah balik.

                                             St Mary Street berhadapan hotel penginapan kami

                                                                  St Mary Street





                                                                         High Street

Sementara menunggu bas HOHO kami bersarapan di Cafe Edinburgh, High Street yang terletak di belakang perhentian bas. 


                                                                   Sarapan pagi

Jadi perjalanan menaiki bas HOHO bermula di perhentian bas High Street atau perhentian nombor 9 umtuk bas HOHO. Terus kami naik ke tingkat atas bas untuk lebih panoraman yang lebih luas. Sepanjang perjalanan terdapat 14 perhentian bas HOHO. Kami berhenti di perhentian bas Castle atau nombor 7 sebelum berjalan kaki mendaki lereng bukit ke Edinburgh Castle.


Bagpipes antara tarikkan menarik di Scotland


Hadapan pintu gerbang Edinburgh Castle


Pandangan menghadap ke laut dari Edinburgh Castle

Selesai melawat dan bergambar di Edinburgh Castle kami berjalan kaki balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat. Selepas itu kami keluar semula untuk menaiki bas HOHO untuk kali kedua. Di perhentian HOHO nombor satu Regent Road kami turun bas dan berjalan kaki menuju ke Primark Edinburgh.




Hari pun makin gelap sebelum tiba di Primark Edinburg. Selesai berkunjung ke Primark terus balik ke hotel penginapan untuk persiapan untuk menaiki penerbangan ke Paris pada keesokkan harinya.


HARI KETIGA DI KOTA EDINBURGH DAN HARI PERTAMA DI KOTA PARIS

Untuk ke lapangan terbang Edinburgh yang terletak 16 kilometer dari Kota Edinburgh terdapat pelbagai pilihan pengangkutan awam sama ada bas atau pun tram. Kami membuat pilihan untuk mengunakan perkhidmatan bas "Airlink". Awal pagi lagi kami telah turun dari hotel berjalan kaki dengan mengheret beg ke hentian bas di St Andrew Square yang tidak berapa jauh dari stesen keretapi Waverley.


Suasana awal pagi di kota Edinburgh




                                                                  St Andrew Square


Lapangan Terbang Edinburgh

Kalau mengikut tiket, penerbangan Air France dari Edinburgh ke Paris akan berlepas pada pukul 11.25 pagi. Tetapi atas masalah teknikal penerbangan dari Paris ke Edinburgh telah mengalami kelewatan dan ini telah menjejaskan penerbangan ke Paris juga kerana menggunakan pesawat yang sama.


Pemberian baucar bernilai  9 GBP atas kelewatan penerbangan

Penerbangan yang sepatutnya berlepas pada pukul 11.25 pagi hanya dapat berlepas pada pukul 5.06 petang. Memang penatlah menunggu di lapangan terbang Edinburgh. Disebabkan kelewatan tersebut melebihi 3 jam, kami boleh menuntut bayaran pampasan dari Air france sebanyak 220 Euro seorang







Penerbangan selama 1 jam 50 minit kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Charles De Gaulle, Paris pada pukul 7.46 malam. Pemeriksaan pasport oleh pihak imigresen tidak sesibuk dan seketat di lapangan terbang Heathrow, London. Dari lapangan terbang kami menaiki keretapi RER dan keretapi Metro M4 untuk ke penginapan hotel Residence de Bourgogne dengan turun di stesen M4  Strasbourg-St Dennis.
Cuma di kota Paris ni, kos penginapan hotel agak tinggi. Makin dekat dengan Eifell Tower lagi mencanak harga hotel. Nak tak nak kenalah menginap hotel yang sedikt jauh dari pusat tarikkan pelancong. Tapi itu pun cukup mahal dengan ruang bilik yang kecil dan terpaksa menapak naik ke tingkat tiga dengan laluan tangga yang curam dan sempit. Makanan tiada masalah dengan ramai komuniti Arab yang berasal dari Maghribi, Algeria dan Tunisia di sini. Cuma masalah komunikasi yang menjadi halangan dengan majoriti penduduk hanya berkomunikasi dalam bahasa Perancis sahaja. Sampai ke hotel pun dah menjelang malam dan tiada aktiviti yang boleh dilakukan lagi kecuali turun ke bawah dan membeli kebab. Untuk aktiviti pagi esok kami telah beli tiket bas Hop On Hop Off mengelilingi kota Paris.


HARI KEDUA DI KOTA PARIS

Seperti biasa menu utama sarapan pagi adalah nasi putih bersama lauk paket yang di bawa dari Malaysia. Alhamdulillah pun cuaca cerah. Selepas sarapan terus kami berjalan kaki mencari perhentian bas HOHO. Google maps memang menjadi panduan utama apabila berada di kota-kota besar ini. Kami menyusuri lorong-lorong belakang di kota Paris ini untuk ke perhentian bas HOHO sejauh 1.9km. Setelah berjalan selama 30 minit kami tiba di 11 avenue de' I, OperaDi sini terletak lokasi kaunter informasi Big Bus HOHO dan merupakan stesen permulaan bas tersebut.


Di hadapan kaunter informasi bus HOHO Paris


Arc De Triomphe dibina bagi memperingati tentera-tentera Perancis dirasmikan pada 29 Julai 1836


Eifell Tower dengan ketinggian 325 meter antara mercu tanda kota Paris


Eifell Tower siap dibina pada tahun 1889 dan merupakan struktur tertinggi di dunia hingga tahun 1930 


Sukan Olimpik Paris yang dijangka berlangsung pada 26 Julai 2024 ada berbaki 261 hari lagi

Selesai menjelajahi kota Paris dengan menaiki bas HOHO kami balik ke hotel penginapan berehat untuk hari yang mencabar pada pagi esok dengan menaiki bas Flix dari Paris Ke Brussels, Belgium. Ini angkara mogok pekerja keretapi di Belgium yang menyebabkan tiket Eurostar kami dibatalkan.
Awal pagi kami telah bersiap mengangkat beg menuruni tangga hotel yang curam dan ketika matahari masih belum terbit lagi. Tempahan kereta e-hailing mengguna applikasi Bolt untuk telah kami buat. Bolt ini sama seperti mana applikasi Grab di Malaysia. Tunggu punya tunggu kereta masih tak kunjung tiba dan e-jejak dalam applikasi Bolt menunjukkan kereta tersebut makin menjauhi lokasi kami. Terpaksa saya. ubah tempahan kepada Bolt teksi yang harga lebih sedikit berbanding dengan kereta biasa. 
Stesen bas Flix terletak di Bercy Seine yang mengambil masa dalam 30 minit untuk tiba di sana.




Sebelum menaiki bas pemandu memeriksa pasport kami bertiga. Destinasi terakhir adalah Brussels North Station dan perjalanan mengambil masa 4 jam. Perjalanan antara Paris dan Brussels tanpa berhenti, tapi di dalam bas ada kemudahan tandas.


Terdapat banyak kincir angin semasa dalam perjalanan













Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Gemencheh